20151025

JATUHBANGUN part 1



Kita selalu fikir dunia ni kejam. Kita salahkan dunia, salahkan Tuhan umpama kita saja yang diduga di dunia ini. Kita lupa yang Tuhan sudah tetapkan sebelum roh kita ditiup ke jasad lagi, yang kita diberi watak di dunia ini dan akan diuji dengan bermacam kesulitan supaya kita sentiasa ingat dan balik pada Dia. Tapi kita selalu pilih jalan yang lain, kita rebel dan marah Dia. Kita lari makin jauh dari Dia. Sebab tulah makin di timpakan lagi ujian supaya akhirnya kita balik pada Dia.


Aku suka membaca, dulu zaman sekolah menengah, aku ingat lagi betapa aku gila baca novel-novel terbitan Alaf21. Ah novel cinta ke kayangan yang buat jiwa remaja ni butuh hidup seperti gadis-gadis dalam novel itu. Menyorok dalam bilik, tidak tidur semalam semata mahu menghabiskan senaskhah penipuan. Bosannya hidup aku, buat aku diulit dengan novel-novel itu. Ingat lagi, betapa aku ingin sangat menetap di Kuala Lumpur supaya satu hari nanti aku dapat berlanggar bahu, tertumpah kopi dengan seorang jejaka tinggi, putih, kacak dan kaya. Tapi itu semua angan-angan bodoh. Bila sedar kaki ini masih berpijak di bumi yang jauh dari Kuala Lumpur, aku kena akur yang mimpi tu akan tetap jadi mimpi sampai ke mati. Sampai satu saat, aku berhenti menilik novel cinta merapik lagi.


2009 tak silap aku, masa itu zaman paling gelap aku rasa. Zaman matrikulasi. Orang kata zaman budak baru nak naik. Tapi aku, jadi zombie. Tapi zombie ni tak makan orang, takut lagi dengan orang adalah. Muka tak pernah bersiap, mata sembam tak tidur malam sebab menangis gaduh dengan pakwe, baju kurung ulang-ulang lipat lengan baju sampai siku, tudung bawal hitam selimpang belakang, batu-batu tepi yang aku lanyak setiap hari pergi kelas. Waktu tu hidup aku bermula waktu malam. Siang tetap bangun pergi kelas tapi separa jaga. Aku pun taktau apa yang aku buat waktu itu. Kawan-kawan yang ada kawan perempuan sekelas dan sebilik. Yang lain, tanyalah apa nama sekalipun, se-famous mana pun orang tu, aku tetap tak kenal.


Sebab aku suka lepak bilik dan berjaga waktu orang lain tidur, dan dengan laptop dari bapak aku beserta harapan beliau aku akan guna laptop itu untuk mancari ilmu, aku telah bunuh harapan beliau dengan menjelajah ke blog-blog. Aku pun turut sama buat blog. Dari situlah aku mula kenal sorang-sorang fynnjamal, gdsjht, hiddmihat, theladynoe. Bayangkan aku baca penulisan mereka sejak hidup mereka yang hiruk pikuk kacau bilau sampai lah sekarang, masing-masing dah Berjaya dengan cara masing-masing. Tapi aku? Masih bosan seperti dulu. Entah. Kesialan dan kemalasan apa yang menyetan dalam badan ni yang buatkan aku masih bosan macam ni. Ok. Satulah improvement yang ada, aku dah kahwin dengan satu lelaki yang dulu hari-hari bikin aku menangis sampai lebam mata. Tapi sekarang, dialah tempat aku kesat segala hingus dan air mata. Terima kasih sayang.


After all, yang patut dipersalahkan ialah diri sendiri. Diri sendiri tu yang layankan sangat rasa. Diri sendiri yang taknak bangun dari sakit. Diri sendiri yang layankan aja dan takda usaha nak ubah. Entah. Aku memang macam tu. Cepat mengalah dan berserah. Malas nak fikir untuk diri sendiri pun. Huh.

 

No comments: