20160924

Pengalaman pertama sebagai Ibu

Assalamualaikum,

Lama dah peram tulisan ni. Aqhar pun dah 2 bulan 23 hari. Hari ni baru ada masa untuk belek balik. *giggling*

Muhammad Aqhar (02.07.2016)

Muhammad - Yang terpuji
Aqhar - Yang Gagah

Time flies too fast. Still adapting this new phase. Being a mother ain't easy and me, still adapting.

Bersedia? Entah. Waktu berpantang ni memang mencabar. Bayangkan in a blink of eye dah ada seorang makhluk kecil yang sangat gak berdaya hanya mampu menangis untuk apa pun yang dia cuba nak sampaikan. Ingat balik few days, lebih tepat dalam masa seminggu lepas this lil creature keluar dari rahim ni, sangat susah bagi aku. 2 days after birth, kena tahan wad pulak sebab jaundice. Imaging lah, badan kita tak recover langung lagi. Dengan lemah lepas bertarung nyawa, dengan luka jahitan 3rd tears yang basah lagi, peritnya kena jaga anak sorang-sorang dalam wad. Badan sakit, emosi pun sakit. Lepas discharge, kena ulang alik klinik untuk check jaundice. Masa ini, perasaan aku pada anak ini masih kosong. Masih berlawan dengam diri sendiri. Entah kenapa aku tak macam ibu lain. Jahatkan aku? Sedangakn anak ini yang aku kandung 9 bulan, anak ini yang aku bertarung nyawa sehari semalam untuk keluar melihat dunia.


This lil creature, anak ini, Muhammad Aqhar, anak aku.

Motherhood journey ain't easy. Tapi kasih sayang tulah yang menyenangkan kesusahan tu. Adakalanya kita akan kalah dengan emosi. Tapi bila pandang balik anak ini, tak berdaya nya dia. Menangis saja untuk beritahu apa yang maunya, menyesal tu akan datang. Menyesal kerana kalah pada emosi.

Ibu minta maaf, Aqhar sayang.

Kenapa Aqhar?

Aqhar yang gagah. Segagah dirinya untuk terus bernyawa setelah ibunya habis nyawa meneran. Lahirnya tanpa teriakan untuk beberapa ketika. Beberapa ketika itu juga, aku ulang tanya pada doktor dan semua yang ada,

"anak saya ok ke?"
"anak saya hidup tak?"

Lepas beberapa ketika, ibu dengar suara Aqhar. Nyaring. Alhamdulillah. Tapi untuk hari pertama, ibu tak dapat lagi tengok Aqhar, peluk Aqhar, sebab Aqhar terpaksa ditahan untuk pemantauan sebab Aqhar lemas dalam rahim. Nafas Aqhar laju kata doktor. Tapi, alhamdulillah esoknya Aqhar dah boleh discharge pun sebab Aqhar kuat!

Aqhar sayang,
Ibu minta maaf sebab ibu banyak lagi kurang untuk jadi ibu Aqhar. Tapi ibu akan cuba buat yang terbaik untuk Aqhar sebab ibu sayang anak ibu ni, Aqhar!


20160320

Marriage Life

Assalamualaikum

I's been a while since my last update. Life is like this kan. Ada satu masa when you're don't know what the things that make you busy, padahal macam takde perkembangan pun. Hahaha.

2016 is a year of marriage for my age. So, ramai gila kenalan yang kahwin. Happy for them. teringat pulak moment kahwin almost 2 years ago. Pheww, kerja kahwin bukan senag. Tapi kerja lepas kahwin lagi mencabar. Ain't easy lah being a wife sebenarnya. A lottt of thing to treasure and learn. Whatever iti is, sekarang baru tahu ketentuan Allah tu sangat cantik dah disusun. Tak tercepat & tak terlewat.

Imbas balik kisah hidup, hmmm :) Married at 23 years old dengan baru kerja berapa bulan, apa ilmu rumah tangga & money management (this is incredibly important) pun tarak memang sakit sebenarnya. Alhamdulillah, aku tak mengandung right away lepas kahwin. Allah bagi setahun untuk kumpul kekuatan, stabilakan kewangan dan kukuhkan kepala otak ni. Sebelum kahwin, semua nampak smooth sebab thanks to my parent yang 90% yang support. yep tak malu pun mengaku eventnho ada yang perli bolehlah kahwin mak bapak tanggung (......................) But it;s still hurt a little lah.


Tapi lepas kahwin tu, dunia sebenarnya mula mai hempap. The biggest one is MONEY. Almost everyday aku susah hati, menangis (aku ni cengeng teruk. Kesian laki aku -.-) fikir how to survive our day. Tapi problem jugak masa kini, kitorang pun muda lagi dan tak pandai dan bezakan keperluan penting dan tak penting. Tapi alhamdulillah day by day it's getting better. Kalu dulu, jangan harapla dapat menyimpan, hujung bulan mesti dah menggagau nak korek, tapi sekarang bolehlah mula mnyimpan sebulan 200-300.

Hah, untuk pasangan yang baru je berkahwin tu, masalah kewangan memang takkan lari sampai ada satu masa, korang rasa, betul ke keputusan aku berkahwin umur ni, waktu ni. Tapi jangan risau, terowong ni panjang manapun dia ada, mesti akan korang nampak cahaya kat hujng sana. Cuma kena banyak sangat bersabar and keep going. Nak cakap saling memahami tak jugak. Cuma yang penting salah seorang kena jadi pengua pada sorang lagi. Macam kitorang, the fragile one confirmlah aku dan laki aku nilah yang jadi penguat untuk tarik aku & keep crwaling, walking and running to get out from the darkness of the tunnel.

Semog semua kita yang berpasangan akan berkekalah hingga ke syurga dan bersama-sama mengharung onak duri ranjau sepanjang perjalanan nak ke syurga! Till then!

Ohhh, nanti next entry nak tulis pasal my pregnancy lah (yang aku jarang share sangat kat any other social medias) and also the confusion either to be a fulltime housewife or a working mother.

Bye!

20160212

LIFE.

2016.

Realiti kepayahan hidup. Ekonomi yang makin tenat. 1.5 juta Bangladeshi bakal masuk ke Malaysia dan sikit demi sikit akan cantas peluang pekerjaan kita rakyat Malaysia yang pemalas dan memilih. TPPA yang bakal dilangsungkan taklama lagi akan terus meranapkan harapan kita rakya Malaysia untuk bernyawa ikan di Tanah air sendiri. 

Aku? Sedang berperang dengan hati dan akal. Benci dengan kerja sekarang tapi untuk kelangsungan hidup. terpaksa.