Izni bungkam. Kacau memikirkan keputusan yang diambil. Betulkah, salahkah. Dalam hati, tekadnya menjulang tinggi. Namun cabaran-cabaran yang singgah membuatkan dia takut untuk melangkah. Ah, cabaran-cabaran itu bukan apa sangat sebnarnya. Diri sendiri punca utama rasa takut. Dalam hati, seorang gadis kecil yang terpenjara menjerit.
"Izni, lepaskan aku! Aku terseksa terkurung di sini disebabkan oleh ketakutan kau yang bodoh tu! Aku ingin bebas untuk menjadi diri aku. Meluahkan isi hati dan segala apa yang ada di benakku. Izni!"
Tapi Izni masih bungkam di situ. Tidak menjawab malah mengendahkan sikit pun jeritan batin itu. Dia masih dikawal dengan ketakutan yang dicipta sendiri itu. Tapi, sampai bila?
Showing posts with label cerdek. Show all posts
Showing posts with label cerdek. Show all posts
20130701
20130513
#Perempuan 1
Di satu taman permainan yang sepi, dihadapan tasik buatan yang beralun perlahan, terperonyok satu tubuh manusia. Perempuan. Matanya dibuang ke tasik buatan itu. Tajam tapi kosong. Sekosong hatinya. Lelah merenung, perempuan itu mengeluh berat. Seberat mindanya.
'Apa adanya aku ini? Sentiasa berangan, sentiasa ingin menjadi seperti orang-orang biasa tapi rupanya tiada apa-apa.'
Taman yang awalnya sepi mula bingit dengan gelak tawa kanak-kanak yang sedang berbahagia di 'syurga' mereka ini. Terungkit senyuman di bibir Izni melihat keleteh kanak-kanak ini berkejaran dan berhilai tawa. Indahnya hidup mereka. Gembira bila suka, menangis bila duka. Tapi diri sendiri, keliru bila suka dan bilanya duka. Bila perlunya ketawa dan bila perlunya meratap hiba. Izni beralih pula ke langit yang membiru.
'Tuhanku, kuatlah hati rapuhku ini. Jahitlah lukaku ini. Salutlah tompokan burukku ini. Tuhanku, apakah hikmah yang Engkau mahu beri? Aku terpunduk keliru Tuhanku. Aku cuma ingin satu. Tuhanku, berdampinglah denganku pada setiap masa agar aku mampu bertongkat pada-MU dan akhirnya mampu untuk berlari lagi. Tuhanku...'
Subscribe to:
Posts (Atom)