20140123

AKAL

Skrin putih ditatap lama. Dalam kepalanya ligat menyusun ayat untuk memuntahkan segala yang berselirat di kepala. Buntu. Keluhan dilepaskan. Paparan yang didepan mata diminizekan. Ikon google chrome diklik. Setelah beberapa ketika, ikon twitter yang dibookmark terpampang. Susur masa dibaca satu-persatu. Ketagihan terhadap rangkain sosial yang satu ini susah dibendung. Keseronokan menilai manusia yang gila memuntahkan emosi dan apa sahaja yang ada di dalam fikiran membuatkan dia terhibur. Kadangkala ada yang meroyan sendiri, ada yang memberi nasihat tapi tak cermin dahulu muka sendiri, ada yang tak habis-habis mengutuk dan mencerca para politikus dan tak kurang jugak yang sila seks. Asyik tweet tentang sex sehinggakan perkara itu sudah bukan satu perkara yang taboo dalam masyarakat kita. Seolah-olah sudah diterima umum untuk dibincang secara terbuka dan dilawak-jenakakan. 

Setelah bosan membuang masa di susur masa, dia menghempaskan badan ke katil. Berfikir dan terus berfikir. ‘Hmm, kenapalah hidup aku ni bosan sangat? Takda satu perkara pun yang menarik yang boleh dikongsi bagaimana mereka di laman sosial. Nak cerita pasal keluarga, keluarga yang ada tak serupa keluarga. Masing-masig buat hal sendiri. Mak abah yang tak habis-habis dengan garang mereka, setiap masa akan cakap pasal duit duit duit. Hebat betul penangan duit kat dunia ni. Duit itu seolah-olah Tuhan duniawi. Ahh, lagi banyak bunyi. Aku pun terperok kat bilik ni 24 jam sebab takda duitlah.’ Dia bermonolog sendirian.

“Ita! Ita!!!”
Pecah lamunan dia tadi dek laungan tu. Dengan langkah malas, dia keluar dari bilik. “Haaaaa! Awat?” Di jenguknya ke dapur dari pintu bilik. Nampak dah muka mak yang cemerot tu. ‘Adalah yang tak kena lagi tu. Haih.’ Dia bisik dalam hati. Dan bermulah sesi leteran. Bukan leteran manja tau. Ni leteran yang boleh kasi gunung berapi meletup lapan puluh lapan kali. Ada sajalah yang tak kena di mata mak abah dia. Ita diam. Bukan apa. Malas nak jawab. Nanti kalau menjawab lain pulak jadinya. Di turut saja apa yang disuruh.

Dah settle kerja, Ita masuk semula ke bilik, baring. Otaknya mulat ligat imbas kembali cerita lama. Geram punya pasal dekat mak abah, gambar kahwin mereka jadi mangsa. Dikeronyok, digunting, dikoyak sampai tinggal cebis. Yang malangnya, kantoi kat abang. Hah, apa lagi, laju ja dia mengadu. Sejam aku kena sembur dengan abah. Abah tu kalau sembur bukan sopan santun. Segala mak nenek ayat pedas, pedih keluar. Hati yang tengah rabak, lumat terus. Ita selalu terfikir, kenapalah malang sangat dia dilahirkan dalam keluarga macam ni. Tak bahagia langsung. Sungguh. Hari-hari mesti hati akan sakit. Ita tau dia sepatutnya bersyukur sebab ada yang punya lagi berat masalah. Tapi kan setiap orang dugaan lain-lain. Mungkin bagi orang lain apa yang terjadi kat dia tu benda kecil. Tapi tidak bagi Ita. Pernah satu masa Ita rasa macam nak keluar dari rumah ni. Nak keluar, cari duit sendiri dan hidup sepenuhnya tas diri dan duit sendiri. Tak perlu nak mintak duit dari mak abahnya. Mana taknya, setiap kali mintak duit sikit ja, semua benda nak diungkit pasal duit. Duit takdalah. Itu nak pakai duit, ini nak pakai duit. Kalut sangat nak berjimat, tapi tak pernah kaya pun. Hari-hari jugak dok ulang takdak duit. Stress. Sampaikan Ita pernah terfikir, ikhlas ke dia dilahirkan? Kalau takut duit habis untuk anak sendiri kenapa tak dibunuh ja awal-awal lagi masa dalam perut? Kan senang. Tak payah buang duit. Sedar tak sedar air mata meleleh. Ikutkan sakit di hatinya, mau sahaja dia bersemuka dengan mak abah dan luahkan segala apa yang dia rasa. Tapi bila timbal balik, terus tak jadi. Pekasamlah dalam hati tu.

Tenga malam yang hening itu jugak, tiba-tiba Ita dapat satu akal. Bingkas dia bangun dari katil ke komputer riba di meja tulis. Ita men-google sesuatu. Klik sana sini, anddddd done! Ita senyum puas hati. Di simpan segala apa yang dicari di dalam satu folder, dan dimasukkan ke dalam thumb drive abah. Diletakkan dia tas meja di ruang tamu dengan sekping nota.

‘Mak, abah, ni hadiah untuk mak abah. J - kakak’


Ita bergerak ke dapur, satu botol ubat kurus mak diambil, geledah-geladah lagi, jumpa pula dua papan panadol, geledah bilik air pulak, jumpa Clorox. ‘Ok, cun!’ Ita bisik sendiri sambil senyum-senyum. Dalam tengah jalan ke bilik, sempat lagi dia capai besen besar yang mak selalu guna untuk rendam sepeket bihun. Sampai je bilik, Ita campur semua yang di ambil di bilik tadi. Ita senyum puas hati. Diteguk semuanya. Ita pun bangun dan merebahkan badan atas katil. Apa yang ada dalam thumb drive tu? Biarlah jadi rahsia Tuhan, mak, abah dan dia.

No comments: