20130806

Struggling

Assalamualaikum ;D

Ramadhan dah nak sampai ke penghujung. Gembirakah kita? Sedihkah kita? Kalau takda apa-apa rasa, lebih baik kita re-check balik diri kita. :)

Sepanjang bulan berkat ni, apa perubahan yang kita dah lakukan? Kita = aku, kau dan mereka. Setiap pada kita, ada kurangnya. Tiada manusia yang 100% bersifat mahmudah kecuali Rasulullah s.aw yang maksum. Aku ada kurang aku sendiri. Bukan sikit tapi BANYAK. Tapi setiap hari kita cuba untuk mengurangkannya. Mungkin 1%? This is what we called struggling. 

Aku cerita tentang hidup aku sendiri.

Aku manusia muslim yang biasa. ahli dari keluarga biasa tapi alhamdulillah tahu agama seperti semua keluarga muslim yang lain. Ayah aku bukan ustaz. Mak aku tak betudung labuh 60 inci. Kami keluarga biasa. Aku besar dengan suasana biasa. Kenal agama sikit-sikit bila dirumah, basic things like solat, mengaji, puasa etc. Belajar agama juga macam orang lain. Pergi KAFA dan belajar subjek pendidikan islam di sekolah. That's it. Aku takda pengetahuan agama yang mendalam dan aku tak pernah kot rasanya ada keinginan untuk mendalami agama. Pada aku, apa yang aku ada masa itu memadai. Aku solat wajib walaupun kadang-kadang tak penuh. Aku puasa. Aku dah pernah khatam Al-Quran. Jadi cukup. 

Jahil. Itulah aku. Tapi makin meningkat dewasa, aku rasa hidup aku kosong. Aku mencari apa yang tak kena. Cemburu dengan manusia di sekeliling. Aku nak jadi orang tu. Aku nak jadi dia ni. Tengok gadis tudung labuh, purdah, jubah, wahhhh. Cantiknyaa! Tengok tv badan curvy, make-up on, gojesnyaaa! Semua yang nampak perfect, semuanya aku teringin. Tercari-cari identiti sendiri. Ingat lagi masa dimatrik, aku ditarik oleh sorang kawan ni ke surau. Aku jadi suka sebab mereka baik-baik & aku pun ikut mereka. Tapi tak lama, bila habis matrik, balik rumah, semua balik pada asalnya. Aku jadi Ismira yang dulu. Aku kembali pada Ismira yang ignorance, benci pada teguran, malas pada kebaikan. Tapi jauh dalam lubuk hati, aku kosong.

Bila masuk UMK, aku dihadiahkan Tuhan dengan kawan-kawan yang baik. Mulanya, aku rimas. Rimas sangat. Setiap hari di ajak ke surau, diingatkan mengaji, dilarang guna kata-kata kesat. Tapi lama-kelamaan aku jadi biasa. Biasa dan aku suka. Suka yang lain. Dulu aku suka kerana manusia. Sekarang aku suka, sebab rasa istimewa, rasa mudah dan rasa tenang. Tapi aku masih takut untuk melakukan apa-apa perubahan yang drastik. Takut perubahan drastik luaran makin menghitamkan hati. Sebab? Aku takut riak, takbur. Aku jugak takut, sifat dan sikat jahil aku terbawa-bawa dan menjadi fitnah muslimah baik yang sempurna menjaga fizikal dan rohaninya. Jadi, aku perlahan-perlahan bertatih ke situ. 

Aku berkongsi perkara-perkara baik di laman sosial bukan untuk mendabik dada konon aku dah alim, aku betul, kau salah. Cuma aku ingin ingatkan diri aku sendiri. Bila kita publish dan ramai yang baca apa yang kita fikirkan, mestilah kita akan lebih penjaga setiap perbuatan kitakan? Itulah yang aku cuba praktikkan. Lagipun, aku pernah terbaca, kita tak tahu yang mana satu tweet/status terakhir kita. Jadi, kita kena gunakan dengan cara yang lebih baik & apa saja yang kita tweet atau update di internet, menjadi saham akhirat nanti. Kita tak pernah tahu mana satu kebaikan kita yang diterima Allah kan?

Everybody is struggling. Mungkin yang sebelum ni terbiasa dengan mencarut, tapi dalam hatinya sedang berusah untuk tidak mencarut. Mungkin ada yang merokok sekotak sehari, tapi setiap hari dikurangkan satu sedut? Macam tu jugak aku. Aku tak pernah pandang hina pada buruk pada orang lain sebab kebaikan seseorang bukan terletak pada labuh tudungnya atau tinggi serbannya. Setiap manusia dilahirkan dengan fitrah kebaikan. Cuma tinggal lagi kita yang pilih mana yang kita mahu. InsyaaAllah.



No comments: