20130729

Penerimaan

Assalamualaikum ;D

Alhamdulillah hari ni dah hari ke-20 ramadhan. Apa perubahan yg kita buat? Bagi aku, agak kecewa sebab tak dapat istiqamah. Iman naik dan turun dan turun. Nafsu ni masih utuh. Maklumlah 11bulan digomol, dicumbu dengan syaitan dan dosa.

Acceptance. Penerimaan. Apa yang aku boleh nampak, Malaysian masih tak dapat menerima apabila ditegur, dinasihat secara kias mahupun terus-terang. Konon dengan bangganya, "don't talk behind, face me" tapi malangnya bila ditegur berhadapan, tak dapat terima, melenting. Gahhhh! Aku pun dulu pernah ada di situasi macam ni. benci bila dinasihat. Bagi aku, ini hidup aku. Urusan aku dengan Tuhan. Sesiapa pun takda hak untuk masuk campur. Akhirnya selepas jatuh bangun, baru aku sedar, kita hidup bermasyarakat dan fungsinya untuk saling menegur bila ada yang terbabas. Well, untuk yang kata ini urusan aku dengan Tuhan. ANDA SALAH! Sebabnya bila di akhirat nanti, orang disekeliling akan dipersoalkan dan dipersalahkan kerana tidak menegur.

Semakin kita dewasa, kita akan semakin matang dan kematangan itu alangkah cantiknya kalau diisi dengan sedikit ilmu. Nasihat dan teguran yang diberikan bukan bermaksud untuk mendabik kata "Ah! Aku lagi tinggi agama dari hang!" Sebaris ayat yang aku petik dari twitter 'Semua orang berhak berkongsi kebaikan sekalipun dia baru nak merangkak dijalan membaiki diri.' (credit to ell)



No comments: