20130208

5 Tahun

Sekejap betul waktu. Sekarang dah 5 tahun. Apa aku rasa? Dulu aku rasa apa jadi pun aku tetap nak kawen dengan kau. Tapi sekarang, masa berubah, aku berubah, kau berubah, semua berubah. 

Aku terlupa tentang jodoh tu urusan Allah. Sebagai manusia, aku mampu berdoa je. Dulu aku berdoa, kau lah satu-satunya lelaki yang ada dalam hidup ni. Kaulah lelaki yang aku mahu jadikan suami. Tapi sekarang, doa tu patut diubah sebab manusia hanya mampu merancang. Allah dah tetapkan segalanya. Aku genggam, ikat lekat kau macam mana pun dan lama mana pun, tapi kalau Allah cakap kau bukan, kau tetap bukan. 

Ahh, dulu zaman jahil, kalau aku tau dunia realiti pasti aku takan tipu diri sendiri masuk dalam dunia fairy tale yang wujud hanya dalam buku cerita budak-budak. Tapi kesilapan tukan satu pengajaran. Cuma sakit sikitlah nak telan. Eh, jadi manusia kenalah rasa sakit jugak. Kalau gembira je nanti lupa diri pulak. Jadinya, macam itulah. kalau ada jodoh kita, akulah manusia paling bahagia. Tapi kalau sebaliknya, aku doakan kau bahagia sentiasa. 

Sebab aku sayang kau, sepenuh hati :)

No comments: