20140508

Viva manual vs Viva auto

Kejang kaki sejam menekan clutch mengharung sesak jalanraya. Berbeza sekali dengan auto. Dia mengeluh penat. Merungut sendiri kenapalah kereta dia manual dan bukan auto. Tapi dia lupa sepatutnya bersyukur sebab dulu masa dia merengek menghentak pada Tuhan mahu kereta, pernah dia kata tidak kesah apa jenis kereta sekali pun. Sekarang bila Tuhan menurut kemahuannya, dia merungut lagi hendakkan yang lebih elok.

Inilah manusia. Diberi betis, hendakkan peha. Tak pernah cukup apa yang ada. Sebab itulah yang kaya lagi mengejar kekayaan. Tanpa peduli kiri, kanan dan belakang yang dipijak, ditikam dan dibunuh semata mengejar galaksi yang entah bila dapat digapai.

No comments: