20140513

Dua muka

Sebenarnya

Dia masih tercari-cari apa yang dia mahu. Dia keliru. Separuh dari satu mahukan hidup yang 'kononnya' berlandaskan syariat. Kenapa konon? Sebab dia masih keliru. Dia takut sebenarnya. Takut mati menyergah dan dia belum sempat fikir untuk bertaubat. Nasuha.

Separuh lagi dia masih ingin rasa liku dan sisi gelap dunia. Dia mahu rasa semua. Dia cemburu dengan manusia yang pernah berdosa kerana mereka lebih menghargai taubat selepas dosa.

Dia keliru. Kecamuk. Apa sebenarnya yang dia mahu? Simpang mana yang dia perlu pilih? Sebab dia tahu penghujungnya tetap satu.

Mati.

1 comment:

catherine- said...

kerna mati itu pasti!

hi ismey :)