20140507

Demi masa

Tangannya laju saja menggagau telefon bimbit yang entah mana disebalik-sebalik banyal dan toto dua lapis. Ya. Sudah hampir empat bulam dia tidur beralaskan toto hari-hari. Tapi tidurnya lena bagaikan di atas awan gebu. Lenanya kerana penat seharian menjadi robot. Dia celik sebelah mata. Mengeluh memandang digital clock di telefon bimbitnya. Dengan malas, dia banhun untuk mandi dan bersiap. Selesai semuanya, dia tekan punat telefon bimbit kembali. 'Ah, baru nak 6.15 am. Pheeeww'

Dulunya, dia bukan begini. Memang musuh betullah dengan pagi ni. Paling pagi baginya adalah 10.00 am. Tapi sekarang baru dia rasa beban tanggungjawab hidup sebagai makhluk bernyawa dan berakal atas muka bumi ni. Tambah pulak kalau bukan anak menteri mahupun anak orang kaya sedikit. Memang janganlah nak bermimpi boleh bersila panggung 24/7.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan. Tepat sekali.

Bayangkan saja. 6.30 am dia sudah keluar dari rumah memandu dari puchong ke lrt kelana jaya. 6.30 am dan jalan sudah sesak. 6.30 am dan parking lot LRT Kelana Jaya sudah penuh. Kegilaan apakah di bandar ni? Jam berapa mereka bangun? Sempat mandi, solat segala? Ohh, stesen LRT ada suraulah bodoh. Dia ketuk kepala sendiri. Masuk saja dalam train, dilihatnya manusia-manusia lain. Ada yang sambung tido, ada yang membaca surat khabar mahupun novel, dan pasti selebihnya menghadap telefon bimbit masing-masing. Di zaman robot ini, telefon bimbit pintar menjadi kewajipan. Boleh gila kalau hidup di bandar robot ini yang mana kau kena berebut dan menunggu tanpa telefon bimbit. Ini serius. Boleh gila.

Dari stesen ke stesen dia memerhati manusia naik dan turun. Entah kenapa hari ni dia malas membaca buku yang sentiasa dibawak. Menghadap telefon bimbit pintar yang lembap pun dia malas. Matanya jadi rajin pulak untuk memerhati sekeliling. Memerhati manusia yang jadi robot 5 hari seminggu atau yang lebih teruk, 6 hari seminggu macam dia. Bangla jangan dikira. Itu memang tujuan mereka datang Malaysia. Kalau nak goyang telur saja, baik balik saja Bangladesh. Ahh tengok, mulalah dia nak bercakap itu ini bila dia memerhati. Sebab tu lah dia lagi suka cucuk earphone di telinga.dan buat hal sendiri. Tanpa sedikit pun angkat kepala. Kurang sikit dosa yang dah sedia bertimbun mengata orang. Kahkahkah. Ohh, stesen dia dah tiba. Dan dia perlu berjalan lagi ke tempat kerja dan menjadi robot untuk 8 jam seterusnya. Dia hanya kembali menjadi manusia pada pukul 8. 00 pm. Itupun kalau jalan kurang sesak. Kurang ye sebab jalan tak pernah tak sesak. Satu lagi tempat yang telah meragut masa emasnya.

*oh shit! Sebelah dia ada lelaki katang tapi jiwa pondan duduk sebelah dengan tak bersalahnya mengepak lengan sado menepis dia. Busuk!

No comments: