20140205

Mana bahagia

Aku tiada cerita bahagia. Kelilingku penuh jerat, lurah dan gaung. Penat aku berlari, jatuh, bangun, jatuh, tertiarap, bangun lagi semata mencari secebis rasa bernama bahagia. Tapi tak jumpa. Ya. Manusia akan kata. Bukan kau seorang yang ada cerita duka. Di luar sana masih ramai yang hidupnya lebih celaka. Tapi ini diri aku. Ini derita aku. Aku yang tanggung. Aku rasa. Kau apa tau?

Keluarga nampak bahagia. Keluarga tiada pecahnya. Tapi apa kau tahu di sebalik batu rumah aku? Ada kau rasa pedihnya hidup bila segala ditanya? Duit kemana? Apa? Aku dilahirkan untuk apa kalau ungkit sahaja kerjanya. Apa kau tau bila kasih yang diinginkan, tidak sampai walau ke hati. Engkau bolehlah. Ada emak yang boleh digurau senda.

Keluar dari istana batu. Kononnya mencari sahabat yang dapat membantu. Menghulur secebis perhatian yang dia dilimpahkan. Ah. Dusta. Mereka hanya mahukan kawan yang punya segala. Bukan syaitan macam aku. Bukan sialan macam aku. Ditikam belakan depan kiri dan kanan berjuta kali. Ada kau rasa? Kau cantik dan bergaya, bijak paling-palingnya. Ramai yang mahu berdempel mengauk di lombong emas yang kau ada.

Kekasih. Ahhhhh. Konon dimomokkan kekasih itu memberi bahagia. Satu lagi dusta yang aku rasa paling dusta antara dusta. Bahagia apa yang aku ada kalau air mata derita yang menyelimut setiap masa. Mana dia kekasih yang sentiasa ada memberi setangkai bunga dan kasih seluas laut? Mana dia? Penat aku minta.

Susah sangat kah untuk beri aku secebis bahagia? Ahhh. Bukan secebis, sezarah pun aku terima. Tolonglahh. Aku amat perlukannya.

No comments: