20190324

2019

Assalamualaikum dan Hai.

After a year, i come back here. Hehe. So many things happen throughout the year makes me pheeww!

You know what?
Life is a learning process. We will never master it throughout our live, let it be your age is 10, 30, 50 or 90. You will always learn a new things.

I am here because I feel like to write again but more to general things like adulthood, life with a tiny monster (read:son), life as a married person, life as a person. But, first things first I need to sort out what first to write since there are a lot of things in my head that are waiting to burst.

Okay. let start with myself first. 

I have this kind of feeling which I am afraid to write about anything because of my past. I am afraid to be judged by people who know me in the past. But, well, to think about it, the one who run on the track now is me, so why I must be bothered about things that I cannot control right? And sometimes the reality is no one cares. Diri sendiri je yang perasan people will talk about me. LOL.


20180211

Oh Hello

Reading back my old blogpost, makes me smile. How flowery my words ah. How come tak jadi book writer je? Kahkah.

After years, I didn't see any good changes on me pun. Tetap koyak rabak macam dulu. Negative nya diri sendiri ini. I don't even know where is the mistake. But I'm pretty sure it is comes from myself jugak. Too deep. LOL. Overthinking is killing and YES IT IS.

By the way, hello blog. We'll be seeing each other again soon.

20160924

Pengalaman pertama sebagai Ibu

Assalamualaikum,

Lama dah peram tulisan ni. Aqhar pun dah 2 bulan 23 hari. Hari ni baru ada masa untuk belek balik. *giggling*

Muhammad Aqhar (02.07.2016)

Muhammad - Yang terpuji
Aqhar - Yang Gagah

Time flies too fast. Still adapting this new phase. Being a mother ain't easy and me, still adapting.

Bersedia? Entah. Waktu berpantang ni memang mencabar. Bayangkan in a blink of eye dah ada seorang makhluk kecil yang sangat gak berdaya hanya mampu menangis untuk apa pun yang dia cuba nak sampaikan. Ingat balik few days, lebih tepat dalam masa seminggu lepas this lil creature keluar dari rahim ni, sangat susah bagi aku. 2 days after birth, kena tahan wad pulak sebab jaundice. Imaging lah, badan kita tak recover langung lagi. Dengan lemah lepas bertarung nyawa, dengan luka jahitan 3rd tears yang basah lagi, peritnya kena jaga anak sorang-sorang dalam wad. Badan sakit, emosi pun sakit. Lepas discharge, kena ulang alik klinik untuk check jaundice. Masa ini, perasaan aku pada anak ini masih kosong. Masih berlawan dengam diri sendiri. Entah kenapa aku tak macam ibu lain. Jahatkan aku? Sedangakn anak ini yang aku kandung 9 bulan, anak ini yang aku bertarung nyawa sehari semalam untuk keluar melihat dunia.


This lil creature, anak ini, Muhammad Aqhar, anak aku.

Motherhood journey ain't easy. Tapi kasih sayang tulah yang menyenangkan kesusahan tu. Adakalanya kita akan kalah dengan emosi. Tapi bila pandang balik anak ini, tak berdaya nya dia. Menangis saja untuk beritahu apa yang maunya, menyesal tu akan datang. Menyesal kerana kalah pada emosi.

Ibu minta maaf, Aqhar sayang.

Kenapa Aqhar?

Aqhar yang gagah. Segagah dirinya untuk terus bernyawa setelah ibunya habis nyawa meneran. Lahirnya tanpa teriakan untuk beberapa ketika. Beberapa ketika itu juga, aku ulang tanya pada doktor dan semua yang ada,

"anak saya ok ke?"
"anak saya hidup tak?"

Lepas beberapa ketika, ibu dengar suara Aqhar. Nyaring. Alhamdulillah. Tapi untuk hari pertama, ibu tak dapat lagi tengok Aqhar, peluk Aqhar, sebab Aqhar terpaksa ditahan untuk pemantauan sebab Aqhar lemas dalam rahim. Nafas Aqhar laju kata doktor. Tapi, alhamdulillah esoknya Aqhar dah boleh discharge pun sebab Aqhar kuat!

Aqhar sayang,
Ibu minta maaf sebab ibu banyak lagi kurang untuk jadi ibu Aqhar. Tapi ibu akan cuba buat yang terbaik untuk Aqhar sebab ibu sayang anak ibu ni, Aqhar!


20160320

Marriage Life

Assalamualaikum

I's been a while since my last update. Life is like this kan. Ada satu masa when you're don't know what the things that make you busy, padahal macam takde perkembangan pun. Hahaha.

2016 is a year of marriage for my age. So, ramai gila kenalan yang kahwin. Happy for them. teringat pulak moment kahwin almost 2 years ago. Pheww, kerja kahwin bukan senag. Tapi kerja lepas kahwin lagi mencabar. Ain't easy lah being a wife sebenarnya. A lottt of thing to treasure and learn. Whatever iti is, sekarang baru tahu ketentuan Allah tu sangat cantik dah disusun. Tak tercepat & tak terlewat.

Imbas balik kisah hidup, hmmm :) Married at 23 years old dengan baru kerja berapa bulan, apa ilmu rumah tangga & money management (this is incredibly important) pun tarak memang sakit sebenarnya. Alhamdulillah, aku tak mengandung right away lepas kahwin. Allah bagi setahun untuk kumpul kekuatan, stabilakan kewangan dan kukuhkan kepala otak ni. Sebelum kahwin, semua nampak smooth sebab thanks to my parent yang 90% yang support. yep tak malu pun mengaku eventnho ada yang perli bolehlah kahwin mak bapak tanggung (......................) But it;s still hurt a little lah.


Tapi lepas kahwin tu, dunia sebenarnya mula mai hempap. The biggest one is MONEY. Almost everyday aku susah hati, menangis (aku ni cengeng teruk. Kesian laki aku -.-) fikir how to survive our day. Tapi problem jugak masa kini, kitorang pun muda lagi dan tak pandai dan bezakan keperluan penting dan tak penting. Tapi alhamdulillah day by day it's getting better. Kalu dulu, jangan harapla dapat menyimpan, hujung bulan mesti dah menggagau nak korek, tapi sekarang bolehlah mula mnyimpan sebulan 200-300.

Hah, untuk pasangan yang baru je berkahwin tu, masalah kewangan memang takkan lari sampai ada satu masa, korang rasa, betul ke keputusan aku berkahwin umur ni, waktu ni. Tapi jangan risau, terowong ni panjang manapun dia ada, mesti akan korang nampak cahaya kat hujng sana. Cuma kena banyak sangat bersabar and keep going. Nak cakap saling memahami tak jugak. Cuma yang penting salah seorang kena jadi pengua pada sorang lagi. Macam kitorang, the fragile one confirmlah aku dan laki aku nilah yang jadi penguat untuk tarik aku & keep crwaling, walking and running to get out from the darkness of the tunnel.

Semog semua kita yang berpasangan akan berkekalah hingga ke syurga dan bersama-sama mengharung onak duri ranjau sepanjang perjalanan nak ke syurga! Till then!

Ohhh, nanti next entry nak tulis pasal my pregnancy lah (yang aku jarang share sangat kat any other social medias) and also the confusion either to be a fulltime housewife or a working mother.

Bye!

20160212

LIFE.

2016.

Realiti kepayahan hidup. Ekonomi yang makin tenat. 1.5 juta Bangladeshi bakal masuk ke Malaysia dan sikit demi sikit akan cantas peluang pekerjaan kita rakyat Malaysia yang pemalas dan memilih. TPPA yang bakal dilangsungkan taklama lagi akan terus meranapkan harapan kita rakya Malaysia untuk bernyawa ikan di Tanah air sendiri. 

Aku? Sedang berperang dengan hati dan akal. Benci dengan kerja sekarang tapi untuk kelangsungan hidup. terpaksa. 

20151031

1st anniversary yang pilu



Esok 1st anniversary as a husband and wife. And harini emosi sangat gila. Tadi maghrib, suami balik, aku mengerekot atas katil sebab demam. Dah lama tak demam sampai 2-3 hari cenggini. Then lepas dipeluk dicium, diurut oleh si suami yang penat baru balik kerja, aku sikit sihat dan kitorang decide untuk pergi makan luar. Suami tanya nak makan mana, macam biasa. 

Aku terus jawab “Wood & Steel lah” Sebab dah lama gila teringin nak makan kat tempat hipster gitu. Suami pun ok je. DIa sentiasa ok tak pernah tak ok. Mahal weh situ, biasalah being a hipster ain’t easy. Kau ingat murah nak amik gambar flatlay? Meja minimalis yang cantik dan makanan yang dihias elok beserta latte yang diukir tu murah? So yadaa yadaa yadaaa, dah habis makan, kami pun gerak balik.

 
Suami tanya lagi, “Sayang, nak pergi mana-mana?” dan aku jawab entah. Dia pun terus drive sampai rumah. Elok sampai rumah dia dah terlentang tidur. Aku jadi geram. Dahlah emosi tak stabil. Malam ni dah 31st . Konon nak celebrate dengan sweet-sweetlah. Hmmm. Haram! Jenuh aku kejut dia, last-last aku mengamuk, ‘GEDEGANGGGGGGG!’ Aku hempas pintu bilik. Aku pergi bilik sebelah dan mengamuk serupa taka da Tuhan. Suami dating pujuk-pujuk, dan maaflah aku nak terpujuk. Punya hilang akal sampai nak lari rumah.

Sekali terduduk dengan sweater dan tudung dah cantik atas kepala. Mana boleh nak lawan kekuatan lelaki weh. Dia pun bercakap non-stop. Macam-macam ayat motivasi dia keluar. Tapi aku tak faham apa sebab jiwa dan otak aku kosong. Yang aku tahu, aku trngah frust dengan semua isi alam dan diri sendiri termasuk dia. Apa yang aku ingat, dia nak tuju lagu ‘belaian jiwa’ dan satu ayat ni ‘right now, you might find that the way you’re going through is not easy, but someday, all of this will be okay’
AKu dah penat megamuk dan taka da energy lagi. Dia ajak aku masuk bilik, dan pujuk peluk aku lagi. Macam budak kecik aku rasa. Dan sekarang dia disebelah aku, tengah berdengkur. Hahaha. Wei, siapa kata marriage is the happily ever after ending? Gila betul! Sebenarnya marriage is the beginning of everything tahu? Bukan senang tahu nak sustain the relationship selepas kahwin tambah lagi pada awal perkahwina. Sweet mweet tu sebulan dua saja. Lepas tu azabnyaaa. Tambah pulak yang kahwin masa baru nak berjinal-jinak hidup sendiri. Sakitnya Tuhan yang tau. Untunglah aku, dapat suami penyabar. Kalau tidak, tak pasal kena talak 3!

Eh dah lepas pukul 12 lah. Btw, Happy Anniversary sayang! -31.10.2015/12:50AM-

20151025

JATUHBANGUN part 1



Kita selalu fikir dunia ni kejam. Kita salahkan dunia, salahkan Tuhan umpama kita saja yang diduga di dunia ini. Kita lupa yang Tuhan sudah tetapkan sebelum roh kita ditiup ke jasad lagi, yang kita diberi watak di dunia ini dan akan diuji dengan bermacam kesulitan supaya kita sentiasa ingat dan balik pada Dia. Tapi kita selalu pilih jalan yang lain, kita rebel dan marah Dia. Kita lari makin jauh dari Dia. Sebab tulah makin di timpakan lagi ujian supaya akhirnya kita balik pada Dia.


Aku suka membaca, dulu zaman sekolah menengah, aku ingat lagi betapa aku gila baca novel-novel terbitan Alaf21. Ah novel cinta ke kayangan yang buat jiwa remaja ni butuh hidup seperti gadis-gadis dalam novel itu. Menyorok dalam bilik, tidak tidur semalam semata mahu menghabiskan senaskhah penipuan. Bosannya hidup aku, buat aku diulit dengan novel-novel itu. Ingat lagi, betapa aku ingin sangat menetap di Kuala Lumpur supaya satu hari nanti aku dapat berlanggar bahu, tertumpah kopi dengan seorang jejaka tinggi, putih, kacak dan kaya. Tapi itu semua angan-angan bodoh. Bila sedar kaki ini masih berpijak di bumi yang jauh dari Kuala Lumpur, aku kena akur yang mimpi tu akan tetap jadi mimpi sampai ke mati. Sampai satu saat, aku berhenti menilik novel cinta merapik lagi.


2009 tak silap aku, masa itu zaman paling gelap aku rasa. Zaman matrikulasi. Orang kata zaman budak baru nak naik. Tapi aku, jadi zombie. Tapi zombie ni tak makan orang, takut lagi dengan orang adalah. Muka tak pernah bersiap, mata sembam tak tidur malam sebab menangis gaduh dengan pakwe, baju kurung ulang-ulang lipat lengan baju sampai siku, tudung bawal hitam selimpang belakang, batu-batu tepi yang aku lanyak setiap hari pergi kelas. Waktu tu hidup aku bermula waktu malam. Siang tetap bangun pergi kelas tapi separa jaga. Aku pun taktau apa yang aku buat waktu itu. Kawan-kawan yang ada kawan perempuan sekelas dan sebilik. Yang lain, tanyalah apa nama sekalipun, se-famous mana pun orang tu, aku tetap tak kenal.


Sebab aku suka lepak bilik dan berjaga waktu orang lain tidur, dan dengan laptop dari bapak aku beserta harapan beliau aku akan guna laptop itu untuk mancari ilmu, aku telah bunuh harapan beliau dengan menjelajah ke blog-blog. Aku pun turut sama buat blog. Dari situlah aku mula kenal sorang-sorang fynnjamal, gdsjht, hiddmihat, theladynoe. Bayangkan aku baca penulisan mereka sejak hidup mereka yang hiruk pikuk kacau bilau sampai lah sekarang, masing-masing dah Berjaya dengan cara masing-masing. Tapi aku? Masih bosan seperti dulu. Entah. Kesialan dan kemalasan apa yang menyetan dalam badan ni yang buatkan aku masih bosan macam ni. Ok. Satulah improvement yang ada, aku dah kahwin dengan satu lelaki yang dulu hari-hari bikin aku menangis sampai lebam mata. Tapi sekarang, dialah tempat aku kesat segala hingus dan air mata. Terima kasih sayang.


After all, yang patut dipersalahkan ialah diri sendiri. Diri sendiri tu yang layankan sangat rasa. Diri sendiri yang taknak bangun dari sakit. Diri sendiri yang layankan aja dan takda usaha nak ubah. Entah. Aku memang macam tu. Cepat mengalah dan berserah. Malas nak fikir untuk diri sendiri pun. Huh.

 

20150907

Facebook vs Blog

Assalamualaikum and hello.

*The language here may be hurt you due to bahasa rojak and broken grammar.

Lamanya tak menaip kat sini since busy with work and of course due to the internet connection. Well, yeah I'm back. From now on, I'm planning to start blogging again to voice out and answer people's assumption from my side. Before this, I just writing on facebook, but since dekat facebook all my facebook friends can read my status and sometimes tersinggung dengan status yang aku update even though memang takde nak tuju pada sesiapa. (SUMPAH!) Still, hmm dah malas. Everyone have their own thought right? But sometimes, they are heavenly voice out theirs but when our turn to tell what is in our mind, ramai pulak tak puas hati? And i like what the fuck is happening? Sigh..

So, when I decided to write here, so that the people who want to read only can read while, the others don't need to habiskan data chuolls untuk buka blog ni lah kan. I'm the person who are not talk very very much in front of people. Because i don't like the stupid arguments. And I'll just lalalalalal apa yang orang tu cakap diamkan aja kalau tak setuju. Tapi tengok orang jugak. kalau yang jenis berdebat tu aku suka untuk bersembang. Berdebat in a good way I mean bukan nak menag kat dia sorang je. Heh.

I just love to write so much. Bila menulis tu, idea mengalir laju macam air terjun. Batu besar gabak pun tak leh nak sekat. That is because aku suka memabaca. Not the scientific and ilmuwan books lah. I just love to read the easy storyline from novel. More to the Indie production. Sebab buku-buku macam-macam ni mostly berceirta nak ke realiti takde cerita perempuan misklin jumpa lelaki kaya then sikit konflik, lelakinya jiwang bunga nak mati and happily ending ever after.

So, That is it. After this, i will blog more about my personal life, marriage life, dan pendapat aku in everything happen. Untuk yang sudi membaca silakan, Tapi untuk yang rasa aku point out my view untuk tikam hati kau, please don't take any risk to read my blog. Aku taknak tanggung dosa sakitkan hati orang yang aku tak niatkan. Tak larat nanti nak mencari kat akhirat. Dosa sendir pun tak tertanggung ni. Till then, bye!


20150529

Lelaki

Assalamualaikum,

Yesterday, hubby and me decided to kopi-kopi tengah malam sebab boring sangat dengan rutin harian bangun pagi, kerja, balik rumah, makan, tido. Phew~

Nak dijadikan cerita, masa kat kedai kopi tu, lepas dah sip oredered coffe, aku rasa macam ada kurang. Ohh baru teringat selalu aku order vanilla latte buka cafe latte. Then aku pun suruh si suami tolong pergi add-on. Si suami suruh pergi sendiri. Mulalah aku tarik muka, merajuk. Perangai entah bila nak berubah. Kena tinggai baru tahu erti hidup agaknya aku ni. Last-last aku pergi sendiri sambil merajuk-merajuk. Si suami macam biasa akan pujuk dan akan cakap dia salah dia blah blah sebab dia tau si bini keras kepala taknak kalah. Then berlarutan sampai si suami terluahkan apa yang dia rasa sebenarnya sebagai lelaki.

Blaa . . . bla . . . bla . . . laki aku cakap panjang. Aku diam je sambil scroll-scroll phone.

Apa yang aku nak share kat sini, kita ni perempuan kadang-kadang terlalu insecure dengan suami dan trauma bila dengar macam-macam kes sampai kita tak sedar yang kita sedang menyakiti hati suami kita. Sekarang ni, feminism tu makin berluasa. Banyak status kat fb yang mana asyik menyalahkan lelaki, mempertikai fungi suami dsb seolah-olah kita perempuan ni, kalau boleh nak suami kita jadi 1 jenis sahaja yang sama dengan suami orang lain. Kita sedang ubah suami kita supaya jadi sesempurna Rasullullah.Kita terlampau taksub untuk ubah suami kita, sampai kite melupakan perasaan mereka. Buta dengan perkara yang dia dah lakukanuntuk kita yang mungkin pada kita kecik sebabnya kita mahukan yang lebih besar.

Bila aku dengar luahan hati suami aku semalam, aku jadi sedih, aku rasa berdosa sebab aku terlampau nak bela hak sebagai isteri sampai aku letak tepi pengorbanan suami. Wahai isteri sekalian, ya memang betul, tugas & tanggungjawab suami adalah untuk menyempurnakan kita, tapi apa salahnya kita turut bantu suami untuk memperelokkan rumahtangga sendiri? Kasihan si suami, banyak yang dipendam sebenarnya. Bersyukurlah dengan apa yang suami masing-masing sedang korbankan. Because we never know their struggle and what are they fighting inside them. Don't ever compare suami sendiri dengan suami orang lain. Hargai mereka untuk kita dihormati :)

Balik rumah nanti, peluk cium suami sendiri. Jangan lupa pakai seksi-seksi! Cheers.

20150503

Control by who?

World nowadays.

I'm thinking, am I controlling my life? If that so, why I keep doing the things that I hated? Why I need to wake up tiredly every weekdays and rushing to not to be in jammed and late for work? Why I need to work with the people that want me to work for him like gila but he keep saying I'm not work good enough. Sigh.

Working like no tomorrow everyday just to earn a little money for pay all the bills and at the end of the day, pekin duit nak makan. Sad reality. This is shoe me enough that the world controlling me now. I don't have time for my life, I don't even have enough time to do ibadah sunat. Trying hard to wake up early for tahajjud but my body just too tired. Yeah. Alasan kan? 

I wonder what my purpose of life. Kejar dunia pun tercicir-cicir lagi. Akhirat? Ntah berapa batu dah tertinggal. Hurm, should do something about it since tinggal berapa lama je lagi masa nak hidup kan. Hidup ni bukan untuk kepuasan di dunia saja. Kalau takda bekal sikit pun untuk akhirat nanti apa guna kan. 

20150320

Kahwin Muda

Assalamualaikum,

Hello. Krik Krik. Seems forever dah tak tulis apa-apa kat sini. Quite busy with real life till forgot this kind of hobby. Too many to story and i don't know where to start. Ehem. Okay I know this topic is typical but I really want to share this. Lately, i keep seeing pictures of marriage. Alhamdulillah. Thanks God I didn't feel jealous since I'm already married. ;p

Talk about marriage.
I would like to share about mine since ada yang tanya total cost majlis, how I manage to get married early, how was I planned my money for the cost and some more. Here we go.

How I managed to get married early?
Actually we were dated since school. This is not a good thing. Masa tu biasalah darah muda, gatal merenyam dan tak tahu couple tu haram. Yang kami tau parents dan cikgu tak bagi couple sebab nak suruh belajar. Then, years by years we realized that couple is haram. Ada jugak we were trying to stop this relationship but sebab iman tak kuat dan kami pun tak trying hard kot, so we are still in the relationship. Then right after our last semester, both of us managed to work at the same state (actually we were panning for this. Haha) Then, after a month, my parents talk about marriage. Sebelum ni, memang aku tergedik-gedik nak kawen tapi when my parents talk about this, aku jadi blur. Then, the journey was started. It is not easy to reached till the day of ur marriage.

But, Alhamdulillah, Allah made the way became easier. Perkahwinan kami sederhana. Thank to my parents, banyak sangat yang mereka tolong. Hampir 80% effort from my parents. I'm blessed. All things about majlis semua parents yang tanggung. Lucky me. :) So, i didn't really know the exact expenses. Maybe for both sides around 15K kot? But still, dugaan tetap banyak. Tambah lepas kahwin. Dugaan paling utama DUIT. Like seriously, lepas kahwin aku rasa macam menyesalnya buat majlis sederhana. Kan bagus kalau boleh buat simple. Jimat dan hidup lepas kahwin okay lah sikit. Memang banyak yang kena struggle, ikat perut, Bukan seminggu dua tau, kadang-kadang makan bulan, tahun!

Perkahwinan ni satu alam baru. Totally different dengan masa bujang, Masa untuk kawan, sendiri dah tak banyak macam dulu. Banyak sangat yang kena belajar. So my dear friends, apa yang aku boleh cakap kat sini, kahwin tu memang indah, seronok tapi jangan nak kahwin semata nak yang seronok je. Jangan tertipu dengan video kahwin yang korang tengok kat youtube tu. Itu semua bahagia sehari. Kena fikir jugak macam mana nak hidupkan kebahagiaan tu hari-hari.



Sincerely,
Bini Adham ;)

20140517

Pathetic

"You should love yourself more amd uou should find the happiness. Don't stay in sorrow forever."

Dia diam. Tak tahu nak kata apa sebab dalam hati dia mengakui yang dia memanh tak rasa bahagia. Yang dia memang dalam kegelapan. Ah. Orang apa tau dia rasa? Banyak kali sebelum tidur dia harap takkan bangun untuk esok harinya. Tapi esoknya dia bangun. Kecewa.

Apa guna hidup kalau tiada satu pun perkara baik dudk sebelah dia? Bukan kata peluk erat dan ketat, duduk tepi pun jadilah. Tapi haram.

Kalau sepuluh kedengaran tamak, satu pun jadilah. Disayangi. Dia gila sangat nak rasa ada orang sayang dia. Sepenuhnya. Tak kisahlah siapa. Sebab dari kecik, dia taktau apa itu rasa disayang, dibelai, dimanja.

Pathetic. Kan?

20140516

Untuk kau

Kau. Ya kau.

Aku tak tahu samada kau baca ini atau tak. Sebab apa yang aku tau. Kau terlampau baik. Memberi sepenuh kebebasan pada aku. Tak pernah sekali pun kau menggeledah handphone ni. Facebook, twitter, blog apatah lagi? Aku taktau samada kau betul-betul percayakan aku atau kau sebenarnya tak pernah peduli. Ya sepatutnya aku rasa bahagia dengan kebebasan ini dimana aku boleh terbang bebas dan hanya pulang ke sangkar bila aku rindu pada tuan ku. Tapi sebaliknya aku rasa kosong.

6 tahun. Bukan masa yang pendek. Apa yang aku boleh kata, kau lebih kenal aku daripada sesiapa yang pernah singgah. Kau tahu sompek aku, kau tau hitam aku. Tapi kau tetap masih dengan aku. Mungkin itu yang jadi sebabnya aku masih utuh memegang tali ilusi kita ini? Masakan tak? Bagi aku, siapalah yang inginkan perempuan serba serbi koyak macam aku? Aku tak cantik macam perempuan lain. Tak pandai bersolek berfashion. Masak? Ayam goreng bolehlah. Baran tak menentu mulut tak berpalang. Ahhh.

Tapi dengan alasan itu sajakah segalanya boleh jadi seperti tiada apa-apa? Aku tamak. Aku tamak kasih sayang. Aku tamak perhatian. Aku tamak kau. 

Akukah yang tak bersyukur?
Atau kau yang tak sayang?
Atau memang kita tak . . .

20140514

Hipster

Di masa rakan sebayanya sibuk dengan lipstick dan eyelashes, dia masih di situ. Tunduk duduk menghadam aksara dengan jaket denim, tudung sarung dan muka tanpa secalit warna.

Ya. Dia lebih senang dengan cara begitu.

20140513

Dua muka

Sebenarnya

Dia masih tercari-cari apa yang dia mahu. Dia keliru. Separuh dari satu mahukan hidup yang 'kononnya' berlandaskan syariat. Kenapa konon? Sebab dia masih keliru. Dia takut sebenarnya. Takut mati menyergah dan dia belum sempat fikir untuk bertaubat. Nasuha.

Separuh lagi dia masih ingin rasa liku dan sisi gelap dunia. Dia mahu rasa semua. Dia cemburu dengan manusia yang pernah berdosa kerana mereka lebih menghargai taubat selepas dosa.

Dia keliru. Kecamuk. Apa sebenarnya yang dia mahu? Simpang mana yang dia perlu pilih? Sebab dia tahu penghujungnya tetap satu.

Mati.