20151031

1st anniversary yang pilu



Esok 1st anniversary as a husband and wife. And harini emosi sangat gila. Tadi maghrib, suami balik, aku mengerekot atas katil sebab demam. Dah lama tak demam sampai 2-3 hari cenggini. Then lepas dipeluk dicium, diurut oleh si suami yang penat baru balik kerja, aku sikit sihat dan kitorang decide untuk pergi makan luar. Suami tanya nak makan mana, macam biasa. 

Aku terus jawab “Wood & Steel lah” Sebab dah lama gila teringin nak makan kat tempat hipster gitu. Suami pun ok je. DIa sentiasa ok tak pernah tak ok. Mahal weh situ, biasalah being a hipster ain’t easy. Kau ingat murah nak amik gambar flatlay? Meja minimalis yang cantik dan makanan yang dihias elok beserta latte yang diukir tu murah? So yadaa yadaa yadaaa, dah habis makan, kami pun gerak balik.

 
Suami tanya lagi, “Sayang, nak pergi mana-mana?” dan aku jawab entah. Dia pun terus drive sampai rumah. Elok sampai rumah dia dah terlentang tidur. Aku jadi geram. Dahlah emosi tak stabil. Malam ni dah 31st . Konon nak celebrate dengan sweet-sweetlah. Hmmm. Haram! Jenuh aku kejut dia, last-last aku mengamuk, ‘GEDEGANGGGGGGG!’ Aku hempas pintu bilik. Aku pergi bilik sebelah dan mengamuk serupa taka da Tuhan. Suami dating pujuk-pujuk, dan maaflah aku nak terpujuk. Punya hilang akal sampai nak lari rumah.

Sekali terduduk dengan sweater dan tudung dah cantik atas kepala. Mana boleh nak lawan kekuatan lelaki weh. Dia pun bercakap non-stop. Macam-macam ayat motivasi dia keluar. Tapi aku tak faham apa sebab jiwa dan otak aku kosong. Yang aku tahu, aku trngah frust dengan semua isi alam dan diri sendiri termasuk dia. Apa yang aku ingat, dia nak tuju lagu ‘belaian jiwa’ dan satu ayat ni ‘right now, you might find that the way you’re going through is not easy, but someday, all of this will be okay’
AKu dah penat megamuk dan taka da energy lagi. Dia ajak aku masuk bilik, dan pujuk peluk aku lagi. Macam budak kecik aku rasa. Dan sekarang dia disebelah aku, tengah berdengkur. Hahaha. Wei, siapa kata marriage is the happily ever after ending? Gila betul! Sebenarnya marriage is the beginning of everything tahu? Bukan senang tahu nak sustain the relationship selepas kahwin tambah lagi pada awal perkahwina. Sweet mweet tu sebulan dua saja. Lepas tu azabnyaaa. Tambah pulak yang kahwin masa baru nak berjinal-jinak hidup sendiri. Sakitnya Tuhan yang tau. Untunglah aku, dapat suami penyabar. Kalau tidak, tak pasal kena talak 3!

Eh dah lepas pukul 12 lah. Btw, Happy Anniversary sayang! -31.10.2015/12:50AM-

No comments: