Assalamualaikum,
Lama dah peram tulisan ni. Aqhar pun dah 2 bulan 23 hari. Hari ni baru ada masa untuk belek balik. *giggling*
Muhammad Aqhar (02.07.2016)
Muhammad - Yang terpuji
Aqhar - Yang Gagah
Time flies too fast. Still adapting this new phase. Being a mother ain't easy and me, still adapting.
Bersedia? Entah. Waktu berpantang ni memang mencabar. Bayangkan in a blink of eye dah ada seorang makhluk kecil yang sangat gak berdaya hanya mampu menangis untuk apa pun yang dia cuba nak sampaikan. Ingat balik few days, lebih tepat dalam masa seminggu lepas this lil creature keluar dari rahim ni, sangat susah bagi aku. 2 days after birth, kena tahan wad pulak sebab jaundice. Imaging lah, badan kita tak recover langung lagi. Dengan lemah lepas bertarung nyawa, dengan luka jahitan 3rd tears yang basah lagi, peritnya kena jaga anak sorang-sorang dalam wad. Badan sakit, emosi pun sakit. Lepas discharge, kena ulang alik klinik untuk check jaundice. Masa ini, perasaan aku pada anak ini masih kosong. Masih berlawan dengam diri sendiri. Entah kenapa aku tak macam ibu lain. Jahatkan aku? Sedangakn anak ini yang aku kandung 9 bulan, anak ini yang aku bertarung nyawa sehari semalam untuk keluar melihat dunia.
This lil creature, anak ini, Muhammad Aqhar, anak aku.
Motherhood journey ain't easy. Tapi kasih sayang tulah yang menyenangkan kesusahan tu. Adakalanya kita akan kalah dengan emosi. Tapi bila pandang balik anak ini, tak berdaya nya dia. Menangis saja untuk beritahu apa yang maunya, menyesal tu akan datang. Menyesal kerana kalah pada emosi.
Ibu minta maaf, Aqhar sayang.
Kenapa Aqhar?
Aqhar yang gagah. Segagah dirinya untuk terus bernyawa setelah ibunya habis nyawa meneran. Lahirnya tanpa teriakan untuk beberapa ketika. Beberapa ketika itu juga, aku ulang tanya pada doktor dan semua yang ada,
"anak saya ok ke?"
"anak saya hidup tak?"
Lepas beberapa ketika, ibu dengar suara Aqhar. Nyaring. Alhamdulillah. Tapi untuk hari pertama, ibu tak dapat lagi tengok Aqhar, peluk Aqhar, sebab Aqhar terpaksa ditahan untuk pemantauan sebab Aqhar lemas dalam rahim. Nafas Aqhar laju kata doktor. Tapi, alhamdulillah esoknya Aqhar dah boleh discharge pun sebab Aqhar kuat!
Aqhar sayang,
Ibu minta maaf sebab ibu banyak lagi kurang untuk jadi ibu Aqhar. Tapi ibu akan cuba buat yang terbaik untuk Aqhar sebab ibu sayang anak ibu ni, Aqhar!